Isnin, 28 November 2011

JOM kenali Rasulullah SAW !
Bab mengenai pertuturan Rasulullah SAW

Al-Hasan bin Ali r.a menyatakan : Aku telah bertanya bapa saudaraku Hindun bin Abi Halah yg sgt pandai menggambarkan sesuatu.

... Aku berkata : Gambarkan kpdku bagaimanakah cara Rasulullah SAW bercakap?

Dia berkata : Rasulullah SAW adalah seseorang yg bersilih ganti kedukaan, sentiasa berfikir, tiada baginya waktu rehat, panjang diamnya dan tidak bercakap pd perkara yg tiada keperluan. Baginda memulakan dan mengakhiri perbicaraan dgn nama Allah.
Baginda bercakap sedikit perkataan ttp padat bermakna. Cakapnya terang dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan. Baginda sentiasa memuliakan nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya pun.
Baginda tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia dan isinya tidak pernah membuat baginda marah. Jika kebenaran dilanggar, baginda tidak akan berdiam sehingga kebenaran itu ditegakkan.
Baginda tidak pernah marah dan tidak memperjuangkan kepentingan peribadi. Ketika menunjukkan sesuatu, baginda sentiasa menggunakan seluruh telapak tangannya. Apabila kagum sesuatu, baginda sentiasa membalikkan telapak tangannya.
Ketika bercakap, baginda sentiasa menggunakan tangan untuk menjelaskan perkataan dan memukul telapak tangan kanan ke telapak ibu jari kiri. Ketika marah, baginda berpaling dan mengalihkan wajahnya. Ketika gembira, baginda menundukkan wajahnya. Semua ketawa baginda hanyalah senyuman dan gigi baginda nampak seperti gugusan awan (putih bercahaya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan